23.4.08

Perjumpaan pertama ahli penaja KERABAD

Tanggal 22 Apr 2008, jawatankuasa penaja KERABAD telah mengadakan perjumpaan di Seminar Room 1, Hotel Corus Kuala Lumpur. Kelab ini ditubuhkan untuk menjadi salah satu medan untuk menyalurkan maklumat dengan cepat dan tepat kepada anak-anak perantau Bagan Datoh, dan juga sebagai medan forum atau networking untuk sama-sama mengenali saudara mara dan sahabat handai yang pada asal leluhurnya adalah warga Bagan Datoh.

Perjumpaan ini bertujuan untuk menetapkan AJK dan membincangkan bagaimana untuk menarik lebih ramai ahli untuk menyertai kelab ini. Antara lain juga, adalah membincangkan tentang aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan untuk merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli kelab khususnya dan warga Bagan Datoh sama ada yang menetap di situ ataupun yang sedang berada di perantauan.

Mengikut perbincangan yang telah diadakan, kelab ini akan dinaungi oleh YAB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Tuan Haji Nasaee Ahmad Tarmizi selaku penasihat kelab.Dan dalam perjumpaan ini juga, ahli-ahli telah bersetuju untuk melantik jawatankuasa penaja yang dipengerusikan oleh En Zabidi Zakaria, dibantu oleh En Abdul Halim bin Haji Mohammad selaku Timbalan Pengerusi dan En Aminuddin Shabidin selaku Setiausaha Kehormat Kelab.

-webmaster-

1 comment:

I am Am said...

webmaster...
please b serious about our club